
Jawatankuasa Induk Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor (STANCO STI) telah komited untuk mencipta suatu budaya sains yang akan memberi lebih makna dan nilai kepada kehidupan seharian masyarakat, selari dengan pendekatan merakyatkan program oleh Kerajaan Negeri dalam semua aspek pembangunan atau program khasnya dalam melangkaui sains, teknologi dan inovasi.
Melalui FesSTiS '09, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk membuka peluang kerjasama pintar dengan semua pihak samada kerajaan atau swasta untuk sama-sama membina generasi masyarakat bestari, supaya mereka lebih ramai berpeluang menemui dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan yang boleh diperolehi melalui sians dan teknologi.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan kesedaran, minat dan sokongan masyarakat di dalam bidang sains, teknologi dan inovasi serta menggalakkan pemikiran saintifik di kalangan mereka.
2. Mengurangkan jurang sosio-ekonomi dan jurang digital ICT di kalangan rakyat negeri Selangor melalui pelbagai program bertemakan sains, teknologi dan inovasi.
3. Merakyatkan sains, teknologi dan inovasi dengan memberikan peluang dan ruang bagi penghayatan STI tersebut untuk menghasilkan makna dan nilai dalam kehidupan harian mereka, selaras dengan dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
4. Menggalakkan kerjasama erat dan strategik di kalangan pelbagai pihak dalam bidang sains, teknologi dan inovasi demi manfaat masyarakat ke arah generasi bestari.